Wednesday 27 March 2013

Cinta..?

Pernah ku tanya dia,sahabatku, apa kah misi mu dalam kehidupan ini dan seterusnya..?
Jawapan nya SYURGA.
Terdetik dihatiku rasa Simpati.
Syurga? Hanya itu?
Misi ku jauh. Aku mahu misinya juga jauh.
Lebih jauh.
Surga? Terlampau sedikit?
Tiada standard? Terlampau mudah?
Itu bukan masalahnya..
Cuma, aku tidak mahu dia terlepas pandang pada sesuatu yang istimewa.
Aku tidak mahu dia rugi.
Rugi? Apa lagi yang bisa dirugikan jika syurga dalam genggaman?
Pasti itu yang terdetik.
Banyak. Banyak yang akan kau rugi..
Apa?
CINTA..
Bodohkah aku untuk ungkapkan betapa besarnya cinta.?
Boleh menandingi syurga?
Aku tidak bodoh. Kerna itu aku tahu.
Kerna itu aku mengerti.
Kerna itu juga aku kagum.
Betapa besarnya cinta.
Cinta ini bukan cinta biasa.
Cinta ini luar biasa.
Cinta yang tidak mungkin kau dapat rasai dengan yang lain..
selain Dia..
Ya, cinta Dia yang ku maksudkan.
Cinta Dia yang akan ku tulis.
Kau tidak silap baca.
Pernah kau rasa cinta ini?
Pernah kau lihat?
Pernah kau sentuh cinta ini?
Ya, cinta ini sungguh besar.
Tiada ungkapan.
Mana saja kau pergi, cinta ini yang kau lihat.
Cinta ini yang kau rasa.
Kau tak akan mungkin lari.
Walau kau cuba, tidak mungkin bisa.
Cinta Dia terlalu luas untuk kau sembunyikan.
Terlalu nyata untuk kau butakan mata mu.
Terlalu jelas untuk kau menipu diri mu,
Terlalu mendalam untuk kau renangi.
Terlalu mendalam untuk kau mengerti.
Mana mungkin kau mengerti cinta kompleks ini.
Mata yang buta menjadi celik.
Telinga yang pekak juga bisa mendengar laungan cinta si Dia.
Manakan yang celik, manakan yang bisa mendengar.
Pasti kau bisa.
Cinta Dia datang dalam semuanya.
Kadang kau rasa dibenci oleh Dia,
Tapi kau lupa.
Dalam suka dan duka,
dalam sukar dan senang,
ada cinta.
Lagi kau diuji, lagi itu cinta Dia datang.
Tika kau rasa sukar, tika itu Dia ada.
Tika kau rasa Dia jauh, tika itu Dia terlalu dekat
Tika itu juga Dia mahu kau tahu Dia dekat.
Kau rasa sukar kerna Dia mahu kau sedar,
Bahwa Dia sentiasa ada.
Sentiasa.
Jangan kau rumitkan fikiran mu.
Buka fikiranmu, biar ia luas.
Jangan disempitkan semuanya.
Yang cantik, tidak semuanya sayang,
Yang buruk, tak semuanya benci.
Dia sayang kamu kerna itu Dia mahu kau pulang.
Pulang pada cinta Dia.
Pulang untuk hanya memohan pada Dia.
Kerna hanya Dia yang setia.
Kerna hanya Dia yang lihat.
Kerna hanya Dia yang mendengar.
Hanya Dia yang mengerti.
Dia memberi dan mengambil untuk kau.
Semuanya yang Dia lakukan adalah yang terbaik.
Kadang kau tak mengerti.
Semuanya berlaku tampak buruk buatmu.
Kau sendiri tidak mengerti.
Namun, akhirnya yang manis itu datang.
Itu janji Dia.
Satu kepastian.
Namun jika kau kenali cinta Dia sedikit awal,
semua yang dulunya kau kata buruk,
tidak akan pernah buruk.
Semuanya cantik. Semuanya manis.
Itulah Cinta.

Mereka kata cinta Dia buat aku buta
Mereka juga kata cinta Dia buat aku celik
Dahulunya aku tak mengerti
Namun sekarang semuanya jelas.

Cinta itu buta
Kerna cinta menundukkan mataku.
Cinta itu pekak
Kerna cinta menutup telingaku dari mendengar yang haram
Dari mendengar herdikan mereka
Cinta itu bisu
Kerna tiada kata yang bisa mengungkap cinta Dia.

Cinta juga celik
Kerna cinta membuka mindaku
Membuka mataku mengenal dunia
Membuka hatiku untuk mendekatiMu
Cinta juga membuka telingaku
Mendengar kebenaran
Mendengar panggilanMu
Cinta itu juga menyuruh aku berkata
Bangun menegakkan kebenaran.

Cinta Dia tidak mampu aku balas
Tidak mampu aku bayar
Aku hanya mampu menerima
Kerna aku tidak mampu
Tiada apa yang Dia minta sebagai balasan
Hanya untuk aku mengaku Dia sebagai Tuhan
Wah, sungguh dahsyat cinta ini
Tiada apa yang diminta selain mengaku kehadiranNya
Mencintainya.

Aku hanya mampu membalas cintaNya dengan mencintaiNya.
Wah, kagum aku melihat cinta ini.
Bangga aku mencintaiNya
Bangga aku mengucapkan cinta ini
Bangga aku mengaku Dia kekasihku.

Aku mahu melihat Dia
CintaNya sahaja sudah cukup hebat
Sudah cukup cantik
Manakan Sang Pencintanya?
Pasti menandingi kecantikan cintaNya.
Hebat, sungguh hebat!

Bagiku itu lah misi hidupku
Melihat kecantikan yang tiada tandingan
Nikmat yang terhebat

Aku tidak hidup untuk syurga,
Aku tidak hidup kerna takut neraka,
Aku hidup untuk melihatMu.

Itu misiku.
Itu cinta bagiku.
Apa pula kau?



1 comment:

  1. Subahannallah x bazir ann nantikan post ni. Sgt hebat. X terkata. Subahanallah Subahannallah Subahannallah. May Allah bless your work.

    ReplyDelete