Friday 9 October 2015

yakinlah pada Dia

'Ini aku' by dahuq95
Aku sedang berlari
jauh dari semua kenyataan hati
Bukan kerna aku bodoh
bukan juga kerna aku takut
tidak pula kerna aku tidak mahu
dilukai.

Memang benar
ada yang berkata bahwa
dia harus kau cari
cinta harus kau putik
ya.

Namun tidak pernah aku terfikir
untuk mencoba
Detik hati itu pernah
berkata mahu,
Aku dahaga.

Namun azam tidak pernah ada
Detik hati itu hilang,
detik yang lain hadir
menyadarkan aku
dari lalinya tidur
membuka mata minda
yang tadinya lalai.
'Terima kasih Tuhan'

'Apa kau tidak takut
jika nanti kau keseorangan?
Tiada yang meneman
tiada yang disamping'
Pernah
ya, aku dulunya takut
rasa ketinggalan.

Apa yang akan kau peroleh
apabila sang tercinta mendusta
sesudah kau berikan segala
senyuman menawan
kata cinta
ciuman mesra dan
sentuhan?

Apa akan kau peroleh
apabila separuh darimu telah
dibawa pergi
Telah kau hilang lagi dirimu
Tiada lagi yang pertama
kerna segala yang pertama
telah dicuri
telah dibawa pergi

Bukan aku takut
atau bodoh
aku cuma enggan ada
memori itu.
Memori yang kelak
pasti akan kukesali

Harus selalu kau dan aku ingat,
Dia sempurna
tidak pernah gagal dalam kiraanNya
Ikan di lautan luas,
cacing di dalam kegelapan tanah
masih bisa.
Masakan aku yang berdiri di sini
di bumi ini
terlepas dek pandangan

Meski kau coba mengenali
hitam putih manusia itu
tidak akan berjaya kau lihat warnanya
kerna yang dipamerkan hanyalah
yang terindah
hanyalah yang kau liurkan

"Tidak perlu kau baziri 
masa mudamu mengejar
penipuan yang coba kau yakini,
kejujuran yang akan kau sangsi,
kerna ku pasti Dia telah menentukan 
yang terbaik buat mu. 
Yakinlah pada Dia."