Monday, 25 April 2016

Aku Manusia Angkuh

Angkuh itu milik Mu 

Hidup manusia seperti ombak
Yang kadang aku diatas
Yang kadang aku di bawah
Yang kadang imanku mantap
Yang kadang imanku rapuh

Dan
Yang ku mahu hanya satu
Untuk sentiasa terus naik

Ku faham rasanya
Bila dibawah
Mahu keatas
Jalannya lurus keatas
Tapi mengapa sukar
Untukku keatas

Apa kerna aku
Tidak mahu menaiki
kapal ulama'
TIdak mahu terbang bersama
sahabat penasihat
Tidak mahu panjat menaiki
tangga ketekalan

Atau hanya kerna
Aku angkuh?

Harus ku tahu 
Aku manusia 
Bukan malaikat

Terasa nadi ini mahu ku siat
Tiada lagi yang kumiliki di dunia ini selain
Keangkuhan

No comments:

Post a Comment