Sunday 14 April 2013

Sahabat! Aku cinta kalian.

Dahulu, aku benci berkawan.
Inikan pula bersahabat.
Apa ertinya berkawan?
Bertemu? Lalu apa?
Berpisah?
Bertemu dan berpisah aja?

Kerna itu, aku benci berkawan.
Apa bedanya kawan atau sendiri?
Aku tak butuh kawan.
Kerna aku hanya butuh Allah.
Hanya Allah.

Aku tidah pernah mahu ada yang dekat.
Kerna yang dekat itu akan pasti aku sayang.
Akan pasti aku cinta.
Risau nanti akan ada butir- butir cinta yang mengalir.
Tidak mahu air mata melimpah setelah tertawanya aku.
Benci aku perpisahan itu.
Walau betapa aku coba.
Perpisahan harus terjadi.
Pasti.
Aku akan mati.
Begitu juga dia.
Lalu, kerna apa kita bersahabat?
Bila persahabatan itu tidak lama.
Tali yang diikat rapi.
Diperkuat dengan cinta.
Akhirnya putus jua.
Pasti putus.
Cintailah insan yang mencintai Allah.
Lalu kerna apa bersahabat?
Aku benci.
Kerna hanya air mata yang akan menemani dikala duka.
Aku tak butuh kalian.

Aku tidak butuh kalian hanya dahulu,
Kerna saat itu,aku tidak mengerti.
Aku lagi bego tentang dunia.
Yang ku tahu, ikatan ini pasti akan mati.
Faktanya, tidak.

Cinta ini.
Kasih ini.
Sayang ini akan ku bawa sampai mati.
Sampai aku hidup semula.
Hidup ku bukan sekali.
Aku akan hidup lagi.
Matiku hanya seketika.
Nanti, bila aku dibangkitkan.
Cinta ini akan pasti ku kenang.
Cinta ini akan ku bawa sampai syurga.

Biar kita melebarkan sayap menuju cita dan cinta.
Nanti di syurga kita ketemu lagi.
Dalam naungan kasih sayang Ilahi.
Cinta ini tiada ungkapan.
Lafaz cinta tidak mungkin bisa menggambar besarnya cinta ku buat mu
Namun aku masih mahu kata..
AKU CINTA KALIAN KERANA ALLAH
SAMPAI NANTI KETEMU DISYURGA>>!






1 comment: